Pages

Friday 10 June 2016

Belajar Secara Berkumpulan Lebih Menyeronokkan

Belajar Secara Berkumpulan Lebih Menyeronokkan

 Belajar secara berkumpulan merupakan satu proses yang penting untuk menjadi murid cemerlang. Terdapat pelbagai cara untuk kita belajar iaitu secara berkumpulan ataupun secara berseorangan sahaja.
          
  Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan di dalam kumpulan akan membuat kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran yang dipelajari secara kumpulan itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.

  Selain itu, belajar secara berkumpulan dapat menjadikan pembelajaran tersebut kreatif dan aktif. Hal ini demikian kerana, aktiviti belajar secara berkumpulan dapat mampu memberi peluang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dalam konteks ini, setiap ahli akan bergerak aktif dengan menyuarakan idea mereka. Sebagai contoh, setiap ahli kumpulan bersungguh-sungguh untuk memerah otak mencari idea masing-masing. Berdasarkan hujah yang diberikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan member banyak faedah kepada para pelajar.

Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam dengan belajar secara berkumpulan kerana rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan dapat membantu para pelajar memperoleh banyak maklumat yang lebih banyak dan mendalam.

Secara deduktifnya, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar. Belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi peljar yang mengiinginkan kejayaan. Setiap pelajar haruslah memberikan komitmen yang penuh dan tidak mengambil hal ini sebagai hal yang remeh-temeh. Oleh itu, sebagai pemimpin negara, kita haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang.


2 comments:

  1. Anak muda berwawasan dan punya keyakinan diri.
    keep up the good work!

    ReplyDelete